Aktiviti Sempena Kemerdekaan 2019
7 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniSempena dengan bulan kemerdekaan, pada 6 Ogos yang lalu Pusat Internet Kg Taee mengadakan sambutan semarak kemerdekaan sempena Hari Kemerdekaan. Antara aktivitinya ialah, Kuiz Hari Merdeka, Mewarna, Nyanyian Lagu Patriotik dan Taklimat Advokasi Tidak Pasti Jangan Kongsi. Untuk soalan Kuiz Kemerdekaan yang sesuai untuk kanak-kanak, kami gunakan laman web ini https://www.proprofs.com/quiz-school/story.php?title=mtk3njm2nwtjlb. Seramai 23 orang pelajar yang mengikuti aktiviti terdiri daripada pelajar SK St. John Taee.
Antara tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan pelajar – pelajar. Tujuan yang lain juga untuk memupuk cintakan negara dan mengetahui kepentingan kemerdekaan yang patut ada dalam diri masing – masing. Selain itu, mendedahkan pelajar tentang Kemerdekaan dan ICT.
Kebaikan dan kelebihan yang diperolehi melalui aktiviti ini ialah pelajar boleh mengetahui kepentingan kemerdekaan melalui video yang dipaparkan dan memupuk semangat tersebut dalam diri mereka. Selain itu, pelajar akan lebih berpengetahuan tentang advokasi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: