Majlis Sambutan Hari Gawai Raya Pusat Internet Kampung Taee 2019
7 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniTarikh : 6 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat : Pusat Internet Kampung Taee
Masa : 10.00 am – 2.00 pm
Untuk julung – julung kalinya Pusat Internet Kampung Taee kali ini menganjurkan Majlis Sambutan Hari Gawai Raya secara besar – besaran sempena kemenangan Pertandingan Misi Digital Raya Hiasan Pusat Internet Terbaik dan pelajar eKelas mendapat tempat pertama dan kedua untuk English Drama. Oleh itu pihak Maxis telah menaja majlis di Taee ini dan majlis ini turut dimeriahkan dengan lawatan Mr. Gokhan Ogut CEO Maxis Berhad, Mr Tan Lay Han Head of Sale and Service, Puan Mariam Bevi Batcha Chief Of Corporate Affair Officer, Mr Alexius Bong Head of Maxis East Malaysia Region and Mr Scott Kueh Sui Yek Deputy Director MCMC Sarawak. Majlis ini disambut dengan meriah dengan kehadiran 420 orang pengunjung.
Tujuan utama majlis ini diadakan adalah untuk mempromosikan eKelas kepada penduduk kampung dan mengumumkan kemenangan pelajar eKelas Pusat Internet Kg Taee sepanjang mengikuti pembelajaran secara digital ini. Bukan sekadar kelas biasa tetapi eKelas memberikan markah PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum) kepada pelajar eKelas yang mampu mendapat markah terbaik. Oleh itu pelajar eKelas PI Kg Taee telah mendapat markah PAJSK Peringkat Kebangsaan. Seterusnya mengeratkan kerjasama bersama JKK Kampung Taee dan penduduk kampung dan sokongan yang diberikan kepada Pusat Internet Kg Taee. Tujuan lain adalah untuk menunjukkan budaya tradisional Kaum Bidayuh yang majoriti di Kampung Taee kepada VVIP yang datang.
Kelebihan yang diperolehi adalah perpaduan yang diadakan Pusat Internet dengan komuniti Kampung Taee. Memberikan perkhidmatan belajar secara percuma bersama eKelas di Pusat Internet Kg Taee. Meningkatkan kerjasama diantara JKK Kampung Taee dan segala urusan rasmi dan tidak rasmi Pusat Internet Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: