Rakaman Video e-Kelas Sempena Pelancaran Majlis NFCP (National Fiberisation and Connectivity Plan) 2019
19 September 2019 | Aktiviti TerkiniSempena dengan Majlis Pelancaran Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang diadakan pada 18 September 2019 yang lalu, pelajar e-Kelas Pusat Internet Kampung Taee telah dipilih (John Mackwin) untuk mewakili Pusat Internet seluruh Malaysia untuk membuat video pendek untuk Timbalan Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Seri Wan Azizah binti Wan Ismail. Selian dari John Mackwin, 9 orang lagi pelajar e-Kelas yang turut menyertai pembikinan video pendek ini iaitu Christina Calvyta, Jascinta Jerffson, Yasmeen Yusairah, Elly Eugenia, Genevieve Sara, Crystal Karen, Totti Elon, Ted Bermand, Ned Gavin. Seramai 13 orang yang terbabit dalam pembikinan video ini.
Tujuan video ini dibuat adalah untuk mempromosikan e-Kelas sebagai satu pembelajaran secara digital yang hanya dilakukan di Pusat Internet yang terpilih. Perkongsian video mengenai e-Kelas ini boleh menarik minat pelajar – pelajar lain yang belum mengetahui kelebihan e-Kelas. Pendidikan secara digital ini diharapkan akan mempunyai pelajar yang bertambah dari semasa ke semasa dan melalui promosi video pendek ke Timbalan Perdana Menteri ini, maklumat mengenai e-kelas boleh disebarkan.
Kelebihan dan kebaikan yang pelajar perolehi adalah pengalaman mereka sebagai pelajar di e-Kelas boleh membantu mereka dari segi pembelajaran mereka. Selain itu, pelajar boleh belajar bersama – sama dengan pelajar yang lain dari seluruh Malaysia. Seterusnya pula pencapaian apabila pelajar melibatkan diri dengan aktiviti e-Kelas boleh melayakkan mereka mendapat markah PAJSK dan kelebihan – kelebihan yang lain dari Maxis.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: