Mesyuarat Post Mortem Bersama JKK Kampung Taee
13 Julai 2019 | Aktiviti TerkiniUsai Majlis Sambutan Hari Gawai Raya Pusat Internet Kampung Taee 2019 yang telah diadakan pada 12 Julai yang lalu, PI Kg Taee mengadakan mesyuarat untuk post mortem bersama JKK Kampung Taee. Mesyuarat ini dihadiri oleh Ketua Kaum, Setiausaha dan Biro – Biro JKKK Taee dan Puan Priscilla Michael selaku penaja utama cenderahati untuk VIP majlis tersebut. Mesyuarat ini dihadiri seramai 10 orang ahli mesyuarat.
Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan perkara – perkara berbangkit sepanjang Majlis Sambutan Hari Gawai Raya itu dijalankan. Selain itu, sebagai penghargaan terima kasih dari pihak Pusat Internet Kg Taee kepada barisan JKKK dan penaja utama. Oleh itu sebarang permasalahan atau kekurangan sepanjang majlis itu berlangsung boleh diperbaiki atau tidak akan berulang semula dan pihak PI Kg Taee akan lebih berpengalaman dalam mengendalikan majlis secara besar – besaran.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui mesyuarat ini adalah kata sepakat di antara pihak PI Kg Taee dan JKKK Taee sebagai wakil orang kampung. Dengan itu kerjasama yang dijalinkan akan terus kekal dan sentiasa ada kolaborasi di antara PI Kg Taee dan pihak JKKK.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: