Kursus Keusahawanan Tango Moden by P.M.Y.C
11 Ogos 2019 | Aktiviti TerkiniSelepas mendapat sambutan untuk Kursus Keusahawan Kraftangan Manik yang lalu, sekali lagi kursus kraftangan diadakan iaitu Kursus Keusahawanan Tango Moden yang menggunakan khidmat tenaga pengajar yang sama. Puan Priscilla Michael (PMYC) menjadi tenaga pengajar untuk Kursus Tango Moden ini berikutan beliau sangat berpengalaman dan menghasilkan pelbagai kraftangan yang menarik. Kursus ini disertai oleh 27 orang peserta dari pelbagai peringkat umur.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk membantu usahawan baru memperluaskan perniagaan mereka dengan orang ramai. Selain itu, membantu menambah pendapatan mereka dengan menjadi tenaga pengajar untuk setiap sesi pembelajaran yang dilakukan. Pusat Internet menjadi satu platform untuk para usahawan untuk berniaga secara dalam talian dan boleh mempromosikan mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui kursus ini adalah peserta boleh mendapat ilmu membuat manik dan boeh membantu mereka untuk membuka peluang perniagaan. Tempat khas disediakan di Pusat Internet iaitu dalam bilik latihan dan peserta boleh mengikuti kelas dengan selesa. Selain itu, tenaga pengajar boleh meningkatkan teknik bercakap di hadapan umum supaya mereka lebih yakin untuk mempromosikan perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: