Kelas Art & Creative
25 November 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Art Creative kali ini mengajar para pelajar untuk membuat tikar kertas. Menggunakan barang semula jadi, para pelajar diarahkan menghasilkan tikar kertas menggikut kreativiti mereka. Pelajar ini dibahagikan dalam 2 kumpulan dimana satu kumpulan mempunya 6 orang ahli. Seramai 12 orang pelajar yang mengikuti kelas ini yang terdiri dari pelajar sekolah rendah St. John Taee.
Tujuan utama mengadakan Kelas Art & Creative adalah untuk menggalakkan pelajar supaya lebih berdaya kreatif dan boleh menghasilkan sesutau mengikut kreativiti mereka. Disitu kita boleh melihat kelebihan setiap pelajar ada. Selain itu, menggalakkan pelajar supaya berkunjung ke Pusat Internet dan menjadikan Pusat Internet tempat meneroka ilmu selain dari di sekolah. Selain itu, untuk menerapkan semangat cintakan alam dengan menghasilkan sesuatu dari barangan kitar semula.
Kebaikan yang boleh diperolehi daripada kelas ini adalah pelajar dapat ilmu baru dengan menghasilkan kreativiti mereka menggunakan barang kitar semula. Selain itu, Pusat Internet memberikan khidmat mengajar secara percuma kepada pelajar dimana mereka bebas untuk belajar apa sahaja. Oleh kerana pembikinan tikar kertas perlu menggunakan kesemua jari - jari pelajar, ini boleh melembutkan jari pelajar dan mudah untuk mereka menaip menggunakan komputer.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: