Kelas Minda Bestari
27 November 2018 | Aktiviti TerkiniKelas kali ini para pelajar dikehendaki membuat tugasan untuk sesi pembentangan. Para pelajar dibahagikan kepada empat kumpulan dan tajuk tugasan ialah ‘Aktiviti Cuti Sekolah’. Setiap kumpulan diberi kertas dan marker untuk mereka tulis segala hasil perbincangan mereka di dalam kumpulan. Seramai 13 orang pelajar yang mengikuti kelas ini.
Antara tujuan utama kelas ini dijalankan untuk mendedahkan para pelajar akan kemahiran insaniah dimana mereka diperlukan untuk membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan. Seterusnya pula ialah untuk mengajar para pelajar untuk membina keyakinan diri apabila bercakap. Tujuan yang lain nya pula ialah supaya pelajar berdaya kreatif kerana kemahiran berfikir diperlukan di dalam pembelajaran ini.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi dalam kelas ini ialah para pelajar didedahkan dengan kemahiran diri yang mereka ada selain dari pembelajaran semata. Selain itu, pelajar boleh mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti bermanfaat di Pusat Internet Kg Taee. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan sepanjang cuti sekolah di Pusat Internet Kg Taee.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: