Hari Terbuka Bersama Komuniti Pusat Internet PPR Bt Gong Siburan
26 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet PPR Bt Gong Siburan telah menganjurkan hari terbuka bersama komuniti pada sabtu yang lepas. Program yang bermula pada 8.30 pagi itu dipenuhi oleh penduduk setempat yang menyertai peraduan yang dianjurkan oleh mereka. Sambutan yang agak menggalakkan seramai 106 orang yang telah hadir pada program tersebut. Selain itu, Ketua Kaum dan wakil penduduk yang lain juga turut hadir bagi memenuhi undangan di Pusat Internet Bt Gong. Antara wakil dari pusat internet yang lain hadir untuk memeriahkan lagi program iaitu pengurus daripada Pusat Internet Kg. Quop, pengurus Pusat Internet Braang Bayur dan penolong pengurus Pusat Internet Kg. Taee.
Tujuan utama hari terbuka ini adalah untuk mendedahkan para penduduk tentang kewujudan Pusat Internet di PPR Bt Gong sekaligus memberi pengetahuan tentang dunia teknologi sedikit sebanyak. Pelbagai ilmu yang boleh diperolehi di Pusat Internet ini. Selain itu, memberi peluang kepada para penduduk yang belum berdaftar untuk mendaftar secara percuma pada hari itu sahaja. Peluang sebanyak 50 keahlian dibuka pada hari itu. Tujuan yang lain adalah untuk membawa ibu bapa supaya memberi dorongan dan sokongan kepada anak - anak mereka untuk sentiasa mencari pengetahuan di pusat internet.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi untuk hari terbuka ini adalah semua warga penduduk mengetahui kepentingan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh kesemua lapis umur tentang dunia teknologi. Selain itu, memberi peluang berdaftar secara percuma tanpa ada apa-apa bayaran dan boleh menggunkakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet. Mengeratkan lagi hubungan komuniti antara penduduk dan staff pusat internet dan boleh bantu membantu antara satu sama yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: