Hari Terbuka PI KG Taee
23 September 2018 | Aktiviti TerkiniPada Sabtu yang lepas, Pusat Internet Kg. Taee telah mengadakan Hari Terbuka. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sempena meraikan pengunjung - pengunjung Pusat Internet Kg Taee. Antara aktiviti yang diadakan pada hari itu adalah Pendaftaran ahli PI baru / pengunjung, Taklimat dan Kuiz KDB Bersama Komuniti, Pameran dan Taklimat dari Agensi Anti Dadah Cawangan Serian dan Pajak Gadai Emas dari AR-Rahnu Cawangan Kota Samarahan, Pengenalan e-Kelas, Pengenalan e-Rezeki oleh Pengurus Sebandi Ulu, Pertandingan DIY Menganyam bakul (belia/kumpulan), Pertandingan DIY Bunga Dari Bahan Terpakai, Pertandingan DIY Pop-Up-Card (sekolah rendah/kumpulan), Be Internet Awesome Challenge, Ketibaan Tetamu Jemputan Khas, Persembahan Kebudayaan Tarian Etnik Bidayuh dan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah. Dengan sambutan yang agak menggalakkan seramai 111 orang peserta, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan sangat meriah.
Tujuan Hari Terbuka PI Kg Taee ini diadakan adalah untuk mendedahkan para penduduk tentang aktiviti Pusat Internet Kg Taee dalam memberi ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi dan yang terbaru ada di Pusat Internet Kg Taee adalah e-Kelas. Selain itu, memberi peluang kepada para penduduk yang belum berdaftar untuk mendaftar secara percuma khas untuk Hari Terbuka. Peluang sebanyak 50 keahlian dibuka pada hari tersebut. Tujuan yang lain adalah untuk membawa ibu-bapa supaya memberi dorongan dan sokongan kepada anak - anak mereka untuk sentiasa mencari pengetahuan di pusat internet.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi untuk hari terbuka ini adalah semua warga penduduk mengetahui kepentingan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh kesemua lapis umur tentang peranan Pusat Internet pada komuniti. Selain itu, memberi peluang berdaftar secara percuma tanpa ada apa-apa bayaran dan boleh menggunkakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet. Mengeratkan lagi hubungan komuniti antara penduduk dan staff pusat internet dan boleh bantu membantu antara satu sama yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: