Kursus Keusahawanan Bakeri (Biskut & Tart)
30 April 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Keusahawanan Bakeri (Roti) bersiri kali ini dijalankan di Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, Demak Laut. Sambutan dari penduduk setempat agak menggalakkan kerana seramai 45 orang peserta yang menyertai kursus ini. Kursus kali ini disertai oleh Pesatuan Saberkas Taman Sepakat Jaya Demak dan turut menjemput YB Hazzland iaitu ADUN kawasan Santubong untuk merasmikan kursus ini.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan fungsi Pusat Internet sebagai platform untuk promosi perniagaan. Selain itu untuk mengajak suri rumah di kawasan setempat untuk menguasai teknik membuat roti untuk dijadikan sebagai panduan berniaga. Memberi peluang kepada suri rumah terutamanya untuk mencari sumber kewangan melalui perniagaan dalam talian.
Kebaikan yang boleh diperolehi apabila mengikuti kursus ini adalah para suri rumah berpeluang untuk belajar melalui kursus keusahawanan bakeri ini. Suri rumah juga berpeluang untuk belajar mempromosikan perniagaan mereka dengan bantuan Pusat Internet. Selain itu, peluang untuk menambah kos sara hidup berniaga secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: