Kursus Keusahawan Bakeri Siri 4
09 April 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Keusahawanan telah dijalankan secara bersiri ini adalah kursus untuk mempelajari teknik asas dalam membuat roti. Pusat Internet Sg. Bandong membuat kursus untuk siri ke - 4. Seramai 21 orang peserta yang menghadiri Kursus Keusahawanan Bakeri ini yang terdiri daripada suri rumah dan golongan yang sudah bekerja. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan fungsi Pusat Internet sebagai platform untuk promosi perniagaan.
Untuk mengajak suri rumah di kawasan setempat untuk menguasai teknik membuat roti untuk dijadikan sebagai panduan berniaga. Selain itu untuk memberi peluang kepada suri rumah terutamanya mencari sumber kewangan melalui perniagaan dalam talian. Kebaikan yang boleh diperolehi melalui kursus ini adalah para suri rumah berpeluang untuk belajar berniaga melalui kursus keusahawan bakeri ini. Suri rumah berpeluang untuk belajar mempromosikan perniagaan mereka dengan bantuan Pusat Internet. Peluang untuk menambah kos sara hidup dengan berniaga secara dalam talian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: