Kelas Menaip Cerita Rusa Yang Sombong
22 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Mei yang lepas, seramai 8 orang pelajar yang menyertai Kelas Menaip Cerita Rusa Yang Sombong terdiri daripada pelajar sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6. Kelas ini melatih para pelajar menggunakan papan kekunci dan mengenali kegunaan yang ada dalam Microsoft Word. Antara tujuan utama kelas ini adalah melatih jari peserta untuk menggunakan papan kekunci komputer dengan memberi latihan menaip kepada peserta. Ia juga salah satu cara untuk mengajar peserta mengikut modul yang telah dirancang.
Selain itu, ,membantu peserta menguasai teknik membaca dengan lebih lancar sambil belajar menaip. Kelebihan yang boleh diperolehi dalam kelas ini adalah para peserta boleh melatih jari mereka menaip menggunakan papan kekunci komputer. Selain itu peserta boleh menggunakan peserta boleh menguasai teknik asas menggunakan MS. Office untuk kemudahan mereka sendiri. Kepentingan yang utama sekali adalah para peserta didedahkan dengan awal penggunan yang betul menggunakan komputer dan fungsinya agar mereka boleh menjadi celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: