Kelas Powerpoint + MS. Office Word
20 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2018 yang lalu, Kelas Powerpoint dan Microsoft Word telah dijalankan di Pusat Internet Kg. Taee. Kelas kali ini mengajar para pelajar menggunakan cara yang betul untuk tujuan pembentangan. Terdapat pelbagai teknik dan cara yang kreatif boleh digunakan dalam pembelajaran kali ini. Seramai 9 orang peserta yang menyertai kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Tujuan utama kelas ini adalah melatih jari peserta untuk menggunakan papan kekunci komputer. Selain itu, memberi latihan menaip kepada pesert dan juga salah satu cara untuk mengajar peserta mengikut modul yang telah dirancang. Kelebihan yang diperolehi apabila mengikuti kelas ini adalah para peserta boleh melatih jari mereka menaip menggunkan papan kekunci komputer. Selain itu, peserta boleh menguasai teknik asas menggunkan MS. Office untuk kemudahan mereka sendiri. Para peserta didedahkan dengan awal penggunaan yang betul menggunakan komputer dan fungsinya agar mereka boleh menjadi celik IT.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: