Kelas Powerpoint
21 Mei 2018 | Aktiviti TerkiniKelas Powerpoint telah dijalankan pada hari ahad yang lalu mengajar para pelajar tentang perisian Microsoft Powerpoint. Berikutan sehari sebelum itu telah diadakan kelas Powerpoint dan untuk kali ini mengasah teknik para peserta dengan pembelajaran yang sebelumnya. Para peserta pada kelas kali ini telah membentangkan kerja mereka. Seramai 6 orang peserta yang menyertai kelas ini terdiri daripada pelajar sekolah rendah SK St John Taee. Tujuan utama kelas ini adalah melatih jari peserta untuk menggunakan papan kekunci komputer. Selain itu, memberi latihan menaip kepada peserta.
Ia juga adalah salah satu cara untuk mengajar peserta mengikut modul yang telah dirancang. Mendedahkan para peserta dengan teknik komunikasi yang betul. Kebaikan yang diperolehi daripada kelas ini adalah para peserta boleh melatih jari mereka menaip menggunakan papan kekunci komputer.Peserta boleh menguasai teknik asas menggunakan MS. Office untuk kemudahan mereka sendiri. Selain itu, para peserta didedahkan dengan awal penggunan yang betul menggunakan komputer dan fungsinya agar mereka boleh menjadi celik IT. Para peserta boleh menguasai cara berkomunikasi dengan betul di hadapan orang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: