Kursus Suntingan Video Mudah Sempena Bulan Kemerdekaan ke-61
13 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniPada ahad yang lepas, telah dijalankan Kursus Suntingan Video Mudah Sempena Bulan Kemerdekaan yang ke - 61. Kursus yang berlangsung selama sehari ini menjemput kesemua peserta tidak kira peringkat umur untuk menyertai. Perisian yang digunakan untuk menyunting video adalah Filmora. Peserta diajar cara menyunting video dalam semua aspek dan teknik dan cara mengambil video yang betul. Kemudian. Para peserta diberi latihan untuk mengambil video dan menyunting video mereka sendiri dengan tema Kemerdekaan yang ke 61. Sambutan kursus kali ini sangat menggalakkan apabila seramai 14 orang peserta yang hadir tidak mengira peringkat umur. Anggaran umur peserta daripada 13 tahun sehingga 40 tahun.
Selain dari mengajar para menyunting video dengan betul, peserta juga didedahkan dengan pelbagai peraduan video ringkas yang menawarkan hadiah yang pelbagai. Para peserta boleh menggunakan teknik yang telah diajar kepada mereka untuk digunakan pada video mereka sendiri. Tujuan utama kursus ini adalah untuk mendedahkan kepada para peserta tentang peranan Pusat Internet untuk memberi sedikit ilmu tentang teknologi. Selain itu, para peserta belajar perkara yang baru untuk menyunting video dengan cara dan teknik yang betul. Selain itu, mengajar para peserta akan pentingnya pengetahuan yang pelbagai dalam dunia teknologi.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi dalam kursus ini adalah para peserta boleh memanfaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk kegunaan masa akan datang. Ini boleh memberi peluang mereka untuk menjadi videographer dan membuka perniagaan sendiri. Seterusnya para peserta boleh belajar secara percuma dengan ilmu yang disediakan ini. Para peserta juga berpeluang bertukar pendapat sesama peserta yang lain dalam kursus ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: