E-Kelas Live 19
11 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Sebelum pelancaran portal e-kelas, pelajar - pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ini haruslah mengisi butir diri di dalam portal dan akan didaftarkan secara sah. Ini kerana pembelajaran ini khusus untuk atas talian dan pelajar - pelajar boleh melayari latihan dan nota apabila mereka melayari portal ini. Sebanyak 17 murid yang mengikuti e-kelas terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 3.
Antara tujuan Web Portal ini adalah inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid terutama di kawasan luar bandar. Selain itu memberi murid ruang untuk belajar secara kendiri dan memberi murid peluang belajar untuk berkolaborasi dengan kawan – kawan dari seluruh Malaysia. E-Kelas ini juga mengajar murid matapelajaran asas seperti Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: