Advokasi e-kelas di SMK Taee
09 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniUntuk mempromosikan lagi pendidikan secara digital percuma (ekelas), kami telah pergi ke SMK Taee untuk memberi pendedahan kepada para guru dan pelajar. Program promosi ini turut dihadiri oleh wakil Maxis iaitu Encik Afiq Fauzi dan Cikgu Safuan. Sambutan yang diperolehi semasa promosi ini sangat menggalakkan kerana seramai 400 pelajar termasuk guru - guru yang turut serta dalam program ini.
Tujuan utama program advokasi ini adalah untuk memberi pendedahan tentang pendidiakn secara digital (ekelas) kepada semua pelajar tingkata 1 sehingga tingkatan 3. Selain itu, memberi guru - guru inisiatif lain yang boleh digunkan untuk tujuan pembelajaran disamping boleh membantu menaikkan pemahaman para pelajar dalam matapelajaran yang lemah. Tujuan yang lain adalah untuk memberi pendedahan tentang kewujudan dan kepentingan Pusat Internet untuk penduduk sekitar, guru - guru dan para pelajar jika ada sebarang permasalahan berkenaan tentang IT.
Kelebihan dan kebaikan yang boleh diperolehi adalah membantu para pelajar yang ingin mendapat kelas tambahan percuma untuk matapelajaran yang asas. Selain itu, masa para pelajar dihabiskan untuk belajar perkara yang baharu kerana teknik pengajaran yang sangat berbeza diajar oleh para cikgu dalam e-kelas. Para pelajar boleh memperbaiki pemahaman mereka dengan matapelajaran yang lemah dan mereka boleh mengulangkaji sendiri menggunakan Learning Port di Pusat Internet. Ada pelbagai tarikan dan kelebihan yang ada dalam portal tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: