Be Internet Smart (Google Be Internet Awesome Week)
10 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniSempena musim cuti persekolah ini, Pusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Google Be Internet Awesome Week yang bermula pada 9 sehingga 14 Disember 2018. Untuk minggu ini, kelas untuk hari pertama yang diadakan adalah mengenai Be Internet Smart. Kelas ini juga menggalakkan para pelajar ekelas yang telah mengikuti Kem Cuti Sekolah yang lalu untuk menggendalikan pelajar - pelajar yang menyertai Google Be Internet Awesome ini. Seramai 17 orang peserta yang mengikuti kelas ini yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Untuk kelas Be Internet Smart ini, pelajar didedahkan dengan kebaikan dan keburukan yang ada di internet. Antara matlamat aktiviti ini adalah mencipta dan menguruskan reputasi positif ketika di internet, menghormati hak privasi orang lain, memahami kesan tinggalan digital di internet yang akan kekal selamanya dan merujuk trusted adults jika berhadapan situasi merumitkan ketika di internet.
Antara tujuan utama kelas ini adalah untuk ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar akan kepentingan mengenalpasti laman web yang betul, menggunakan kata kunci yang selamat dan mengetahui menyedari perkara yang boleh dikongsi di laman web. Selain itu menjadikan Pusat Internet sebagai tempat penyebaran perkongsian maklumat yang tepat. Tujuan yang lain pula adalah untuk meningkatkan kemahiran lembut mereka seperti kepimpinan dalam kumpulan.
Antara kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah memberi pengetahuan kepada para pelajar akan kelebihan dan keburukan internet. Selain itu mendedahkan kepada mereka pentingnya literasi digital. Dan juga kelebihan yang utama adalah kesemua ilmu perkongsian dilakukan di Pusat Internet adalah percuma untuk semua peringkat umur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: