Google Training (Be Internet Kind)
11 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniSempena musim cuti persekolah ini, Pusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Google Be Internet Awesome Week yang bermula pada 9 sehingga 14 Disember 2018. Untuk minggu ini, kelas untuk hari kedua yang diadakan adalah mengenai Be Internet Kind. Kelas ini juga menggalakkan para pelajar ekelas yang telah mengikuti Kem Cuti Sekolah yang lalu untuk menggendalikan pelajar - pelajar yang menyertai Google Be Internet Awesome ini. Seramai 25 orang peserta yang mengikuti kelas ini yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Dalam kelas ini, pelajar diberikan peluang untuk berfikir perkara yang baik dan buruk ketika di dalam talian. Ini boleh menjadikan mereka agar sentiasa berwaspada akan bahaya di dalam talian. Antara tujuan utama kelas ini adalah untuk ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar akan kepentingan mengenalpasti laman web yang betul, menggunakan kata kunci yang selamat dan mengetahui menyedari perkara yang boleh dikongsi di laman web. Selain itu menjadikan Pusat Internet sebagai tempat penyebaran perkongsian maklumat yang tepat. Tujuan yang lain pula adalah untuk meningkatkan kemahiran lembut mereka seperti kepimpinan dalam kumpulan.
Antara kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah memberi pengetahuan kepada para pelajar akan kelebihan dan keburukan internet. Selain itu mendedahkan kepada mereka pentingnya literacy digital. Dan juga kelebihan yang utama adalah kesemua ilmu perkongsian dilakukan di Pusat Internet adalah percuma untuk semua peringkat umur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: