Google Training (Be Internet Brave)
12 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniSempena musim cuti persekolah ini, Pusat Internet Kampung Taee telah mengadakan Google Be Internet Awesome Week yang bermula pada 9 sehingga 14 Disember 2018. Untuk minggu ini, kelas untuk hari ketiga yang diadakan adalah mengenai Be Internet Brave. Kelas ini juga menggalakkan para pelajar ekelas yang telah mengikuti Kem Cuti Sekolah yang lalu untuk menggendalikan pelajar - pelajar yang menyertai Google Be Internet Awesome ini. Seramai 23 orang peserta yang mengikuti kelas ini yang terdiri dari pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah.
Kelas Be Internet Brave mengajar para pelajar agar berani memberitahu keluarga akan perihal di media massa. Ini boleh mengelakkan mereka dari menjadi berkongsi semua perkara di laman sosial dan menjadi siber buli. Antara tujuan utama kelas ini adalah untuk ini dilakukan adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar akan kepentingan mengenalpasti laman web yang betul, menggunakan kata kunci yang selamat dan mengetahui menyedari perkara yang boleh dikongsi di laman web. Selain itu menjadikan Pusat Internet sebagai tempat penyebaran perkongsian maklumat yang tepat. Tujuan yang lain pula adalah untuk meningkatkan kemahiran lembut mereka seperti kepimpinan dalam kumpulan.
Antara kelebihan dan kebaikan kelas ini adalah memberi pengetahuan kepada para pelajar akan kelebihan dan keburukan internet. Selain itu mendedahkan kepada mereka pentingnya literasi digital. Dan juga kelebihan yang utama adalah kesemua ilmu perkongsian dilakukan di Pusat Internet adalah percuma untuk semua peringkat umur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: