Be Internet Awesome (Google)
28 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPada minggu yang lalu telah berlangsung program Be Internet Awesome yang telah mengandungi pelbagai aktiviti yang berkenaan dengan Google. Program ini diadakan selepas staff Pusat Internet Kg Taee menghadiri Google Training di Maxis Tower Kuala Lumpur pada bulan lepas. Peserta terdiri daripada pelajar e-kelas Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Seramai 30 orang peserta yang mengikuti program tersebut. Selain itu, En Herman dan skuad dari Maxis juga turut hadir ke program ini.
Be Internet Awesome adalah pendedahan kepada para pelajar tentang perkara yang boleh dimuatnaik di internet. Oleh kerana zaman ini adalah zaman viral, pendedahan seperti ini boleh mengelakkan para pelajar daripada terjebak dengan memuatnaik perkara yang tidak dibenarkan dan tidak sahih. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Taklimat Be Internet Awesome, Explorace Challenge, Taklimat Maxis dan Taklimat Video dan Persembahan dari pelajar e-Kelas Pusat Internet Kg Taee.
Antara tujuan utama program ini adalah pendedahan kepada para pelajar perkara yang boleh dimuatnaik di laman media sosial mereka. Selain itu, mengajar para pelajar melindungi akaun laman media sosial mereka dengan mengajar mencipta kata laluan yang dijamin selamat. Mendedahkan para pelajar tentang perkara yang sahih dan tidak sahih untuk disebarkan.
Kebaikan yang diperolehi ialah para pelajar mengetahui ilmu baru akan kesahihan sesuatu berita supaya mereka tidak berkongsi sesuatu perkara di media sosial. Selain itu, mengelakkan para pelajar supaya mendedahkan butir - butir peribadi secara umum. Para pelajar juga belajar cara melindungi akaun mereka untup setiap akaun yang mereka ada. Kseimpulannya, program ini sangat membantu para pelajar agar tidak berkongsi perkara peribadi dan tidak sahih dengan umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: