Art Workshop E-Kelas Bersama Team Maxis
20 Ogos 2018 | Aktiviti TerkiniBersempena dengan bulan kemerdekaan ke-61, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia ingin menyebarkan kesedaran tentang haiwan - haiwan terancam di Malaysia. Di atas insiatif ini, Maxis e-Kelas telah berkerjamsama dan memainkan peranan dengan menganjurkan sebuah Art Workshop dimana pelajar - pelajar e-Kelas berpeluang mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna atau melukis haiwan - haiwan terancam kegemaran mereka. Dalam aktiviti ini, para pelajar boleh memilih antara dua kategori iaitu kategori mewarna atau melukis.
10 pemenang iaitu dari 5 pemenang dari setiap kategori akan dipilih untuk membuat lawatan percuma ke Pusat Ekopelancongan atau Pusat Hidupan Liar yang akan diberitahu kelak. Hasil - hasil kerja pemenang - pemenang dari Art Workshop tersebut juga akan digunakan sebagai bahan pameran untuk kempen Perhilitan ini. Selain itu, terdapat juga sesi motivasi #MaxisMotivates bersama Team Maxis. Seramai 35 orang pelajar e-Kelas telah menyertai aktviti ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah tingkatan 1 sehingga 3.
Antara tujuan Art Workshop ini adalah untuk memberi penerangan dan pendedahan tentang e-Kelas daripada Team Maxis sendiri dan juga Cikgu e-Kelas. Penerangan berkaitan menggunakan Learning Port dan e-Kelas Portal supaya para pelajar faham dan mengetahui cara yang betul mencari maklumat sendiri. Selain itu, tujuan aktiviti ini juga adalah untuk menerapkan budaya sayangi haiwan di Malaysia. Slot motivasi yang disertakan sekali bertujuan untuk menerapkan pentingnya ilmu pembelajaran buat pelajar - pelajar e-Kelas dan kepentingan e-Kelas buat mereka.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi melalui aktiviti ini adalah peluang buat para pelajar untuk mempamerkan bakat mereka disamping memberi mereka peluang untuk bercuti sekiranya lukisan mereka terpilih. Selain itu, memberi gambaran sebenar kepada para pelajar tentang kepentingan e-Kelas untuk mereka. Aktiviti ini juga boleh memberi semangat ingin belajar dalam diri para pelajar supaya akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan demi masa depan mereka dan keluarga.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: