Taklimat Tinjauan Tahap Kesedian Digital Penduduk (SDI)
6 November 2018 | Aktiviti TerkiniSarawak Development Institute (SDI) melalui Pusat Internet Kg Taee sedang membuat tinjauan tahap kesediaan digital penduduk Sarawak yang berada di bahagian Serian. Mereka telah memilih Pusat Internet Kg Taee sebagai hub pengumpulan data bancian.
Pada 6 November 2018, Sarawak Development Institute (SDI) telah hadir memberi taklimat selama 2 jam kepada pembanci sambilan yang dilantik. SDI adalah sebuah badan penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang menjalankan kajian berkaitan dengan isu-isu pembangunan di negeri Sarawak. Mereka dilantik oleh kerajaan negeri Sarawak melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk menjalankan survei seperti yang tersebut di atas.
2 orang pembanci iaitu Cik Filomina dan En.Delton Derus telah dilantik bagi menjalankan bancian untuk responden dan peniaga di kampung Taee.
Oleh itu, makluman ini bertujuan untuk memaklumkan komuniti tentang tugas pembanci yang akan bermula pada 7 November 2018 sehingga tamat proses bancian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: