Kerjasama Menjayakan Hari Bersama Komuniti Pusat
17 Oktober 2018 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Kg Taee bekerjsama dengan Pusat Internet Lebor, Serian dalam menjayakan Hari Bersama Komuniti. Program tersebut bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1230 petang. Antara pengisian aktiviti adalah Ceramah Advokasi (Check Your Label, Online Grooming, Maklumat Palsu dan E-sisa) yang diberikan oleh Pengurus Pusat Internet Kg Taee, Saringan Kesihatan dan Digital Colouring. Sambutan seramai 52 orang pengunjung yang hadir bersama - sama memeriahkan program pada hari tersebut.
Tujuan Hari Bersama Komuniti di Pusat Internet Kampung Lebor ini diadakan adalah untuk mendedahkan para penduduk tentang aktiviti PI Kampung Lebor dalam memberi ilmu pengetahuan tentang penggunaan teknologi. Selain itu, memberi peluang kepada para penduduk yang belum berdaftar untuk mendaftar secara percuma khas sempena Hari bersama komuniti. Peluang mendaftar secara percuma dibuka pada hari tersebut. Tujuan yang lain adalah untuk membawa ibu-bapa supaya memberi dorongan dan sokongan kepada anak - anak mereka untuk sentiasa mencari pengetahuan di pusat internet.
Kelebihan dan kebaikan yang diperolehi untuk hari terbuka ini adalah semua warga penduduk mengetahui kepentingan dan kelebihan yang akan diperolehi oleh kesemua lapis umur tentang peranan Pusat Internet pada komuniti. Selain itu, memberi peluang berdaftar secara percuma tanpa ada apa-apa bayaran dan boleh menggunkakan perkhidmatan yang disediakan oleh pusat internet. Mengeratkan lagi hubungan komuniti antara penduduk dan staff pusat internet dan boleh bantu membantu antara satu sama yang lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: