English Typing Class
15 November 2018 | Aktiviti TerkiniKelas ini adalah pembelajaran menaip dan bercakap dalam inggeris. pelajar didedahkan dengan penggunaan bahasa inggeris supaya mereka biasa dengan bahasa komputer. pelajar diarahkan menaip cerita yang mempunyai dua perenggan bertajuk "The habit of Reading". Seramai 11 orang pelajar yang mengikuti kelas ini terdiri sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas seperti ini akan diteruskan untuk sesi yang lain supaya pelajar lebih yakin dan lebih terengkas menggunakan komputer. Selepas habis pembelajaran, pelajar bermain typing online games untuk melatih jari mereka.
Tujuan utama kelas ini adalah untuk melatih pelajar agar lebih terengkas menaip menggunakan Microsft Words. Selain itu menjadikan pusat internet tempat untuk mengikuti kelas komputer secara percuma dan bermanfaat. Antara tujuan yang lain pula adalah untuk meningkatkan bahasa inggeris para pelajar agar mereka lebih memahami komponen komputer yang menggunakan bahasa inggeris.
Kelebihan dan kebaikan yang diperoehi melalui kelas ini adalah para pelajar boleh belajar tanpa had secara percuma di pusat internet. Seterusnya melahirkan generasi yang peka dan lebih maju untuk usia yang sangat muda. Selain itu, para pelajar mendapat ilmu lebih setaraf dengan pelajar - pelajar yang berada di bandar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: