Program Pengenalan E-Kelas
13 November 2018 | Aktiviti TerkiniMaxis telah melancarkan program portal e-Kelas iaitu pendidikan secara digital dan percuma untuk pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. matapelajaran yang diajar termasuklah English, Matematik dan Sains. Kelas akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu dan hanya satu jam untuk setiap matapelajaran. Sebelum pelancaran portal e-kelas, pelajar - pelajar yang berminat untuk menyertai kelas ini haruslah mengisi butir diri di dalam portal dan akan didaftarkan secara sah. Ini kerana pembelajaran ini khusus untuk atas talian dan pelajar - pelajar boleh melayari latihan dan nota apabila mereka melayari portal ini.
Program Pengenalan e-Kelas kali ini menjemput pelajar tahun 6 dari Sk St John Taee untuk mendaftar sebagai pelajar e-Kelas untuk tahun hadapan dimana mereka akan melangkah ke tingkatan 1. Pelajar didedahkan dengan e-kelas portal dan learning port yang ada dalam laman web e-kelas. Pelajar boleh bersedia dari awal untuk pembelajaran pada tahun hadapan. Kesemua pelajar berpeluang mendaftar sendiri dan meneroka sendiri kemudahan yang ada dalam e-kelas portal. Seramai 24 orang murid yang diiringi seorang guru ke Program Pengenalan e-Kelas dianjurkan oleh Pusat Internet Kg Taee ini.
Tujuan utama program ini adalah untuk mendedahkan pelajar akan fungsi e-kelas sebagai tambahan untuk para pelajar menambah ilmu pengetahuan tentang matapelajaran asas di sekolah. Selain itu, pusat internet menjadi pusat sehenti bagi pelajar mengikuti live tutorial. Tujuan yang lain adalah membantu pelajar untuk mengikuti pembelajaran asas secara percuma.
Kebaikan yang boleh diperolehi adalah murid boleh menguasai matapelajaran yang diajar secara percuma tanpa ada pengecualian. Selain itu, boleh membantu murid untuk meningkatkan pencapaian akademik. Juga membolehkan murid menguasai teknik – teknik lain selain dari pelajaran asas yang diajar di sekolah. Pelajar yang kurang mampu untuk membayar kelas tusyen di luar berpeluang untuk menyertai e-kelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: